Welcome To My Blog Stalker!!!

PROFAIL SYARIKAT

SYAZWAN JAYA (JM 0300716-V) telah ditubuhkan pada 4 Ogos 1999. Perniagaan yang dijalankan berteraskan peruncitan sebagai aktiviti utama dan perbekalan barangan keperluan harian sebagai aktiviti sampingan. Perniagaan milikan penuh Bumiputera ini bermula sebuah premis tunggal di Jalan Shahbandar, Batu Pahat. Johor. Menerusi pertumbuhan perniagaan Syazwan Jaya kini telah berkembang daripada premis tunggal kepada berkembar dan mempunyai sebuah lagi cawangan di Parit Besar, Batu Pahat. Selain itu, sebuah lagi cawangan berkonsepkan pasar raya sehenti sedang dirancangkan di sebuah lot komersial yang baru dibeli.



Perniagaan dipimpin oleh pemilik yang bertindak sebagai Pengurus Besar. Penglibatan pemilik secara langsung yang mempunyai latar belakang kemahiran dan pengalaman luas dalam bidang peruncitan amat positif dalam pergerakan pantas sektor ini. kualiti produk dan perkhidmatan yang cemerlang seterusnya dapat diterap dan disalurkan dalam pembangunan tenaga kerja menerusi pemantauan dan penglibatan pemilik secara langsung dalam operasi. Dianggotai oleh 12 orang tenaga pekerja yang terdiri daripada 4 tenaga mahir dan selebihnya separa mahir yang diagihkan kepada 2 cawangan.



Menerusi polisi asas produk kerja berkualiti tinggi, inovasi kerja dan nilai tambahan berterusan syarikat mampu mangorak langkah lebih jauh dan berkembang. Langkah ini disokong polisi menitikberatkan pembangunan modal insan secara langsung dan berterusan dalam suasana kerja yang kondusif, selamat dan harmoni bagi menjamin kekuatan perniagaan dalam barsaing untuk membekalkan produk kerja mengikut spesifikasi, kualiti dan masa dengan cemerlang.



Menerusi pelan perancang masa hadapan, Syazwan Jaya kini mensasarkan untuk membangunkan sebuah lagi cawangan berkonsepkan pasaraya sehenti sedang dirancangkan di sebuah lot komersil yang baru dibeli dengan strategi premis atau "One Stop". Berdasarkan latar belakang awal dan pengalaman sebagai peruncit, penyusunan semula perniagaan dengan cadangan lokasi dan sistem pengurusan baru ini mansasarkan perkhidmatan peruncit keperluan harian berkonsep seumpama ini lebih mesra dengan pelanggan , pantas dan mudah dengan suasana yang segar dan selesa. Konsep ini juga merupakan pendekatan strategi utama persaingan dan perkembangan perniaga selari dengan perubahan semasa pasaran.



Kepesatan pembangunan yang merangsangkan pertambahan kawasan petempatan penduduk menimbulkan keperluan peruncit merupakan asas penubuhan syarikat dan pelan penambahan cawangan. Pengalaman dan pemerhatian menguruskan dua buah rangkaian runcit telah menimbulkan idea untuk membangunkan perkhidmatan peruncit berkonsep pusat sehenti yang dapat memenuhi segala keperluan runcit dan barangan segar harian. Konsep ini dilihat dapat menjimatkan masa dan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan barangan keperluan seharian mereka berdasarkan trend kehidupan pantas masa kini.



Menerusi aspek operasi, pengurusan kaunter dan stok akan diperbaharui menggunakan sistem pengurusan kod digital di mana kaedah ini dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan kawalan harga, inventori serta kewangan yang amat kritikal dalam pengurusan peruncitan. Sistem ini juga seterusnya dapat menjimatkan masa dan kos pengurusan dalam jangka panjang.



Tidak dinafikan bahawa pembukaan pasaraya-pasaraya besar telah menjejaskan prestasi peruncitan bersaiz kecil dan sederhana. Menerusi strategi lokasi dan khidmat nilai tambah penghantaran dengan ketersediaan pelbagai rangkaian produk yang ditawarkan perniagaan ini dapat bersaing dan berkembang berdasarkan pertambahan kawasan petempatan dan penduduk.



Jesteru itu, peluang dan potensi pasaran yang terbuka luas menerusi pembangunan dan perubahan masa yang selari dengan perkembangan ekonomi ini perlu dimanfaatkan. Dengan kepakaran ,pengalaman , semangat dan sumber yang ada. Kami yakin dan optimis untuk bersaing dan berkembang seterusnya menyumbang kepada pembangunan sektor pembinaan bagi manfaat bersama.

Sunday, August 8, 2010

LATAR BELAKANG PENGURUS/PEMILIK


Nama:Maharani Binti Ishak.
Tarikh Lahir:30 APRIL 1974
Umur:36 tahun
Jantina:Perempuan
Agama:Islam
Bangsa:Bumiputera
Alamat:NO.4A Kampung Muhibbah Mukim 3 Peserai 83000 Batu Pahat,Johor
No. Telefon:+6 012 7602227/+6 0127225843
E-mail:yatie.wish_27013@yahoo.com
Status Perkahwinan:(4 orang anak)
Peratus Pegangan:100%
Jawatan Disandang:Pengurus Besar
Akademik:
Sijil Rendah Pelajaran(SRP)-1989
SMK Dato'Onn Batu Pahat,Johor
Pengalaman:
1990-1995
Pekerja Am
Kilang Kain Jacqsin
Jalan Shahbandar
83000 Batu Pahat,Johor
1995-1999:
Mula belajar bekerja secara berkecil-kecilan
di Jalan Shahbandar.
1999-kini
Pengurus Besar
Syarikat SYAZWAN JAYA
No 8-1 & 8-2 Jalan Shahbandar
83000 Batu Pahat,Johor

No comments:

Post a Comment